Nantikan drama Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim kedua menampilkan pasangan serasi Meerqeen dan Anna Jobling akan menemui penonton menerusi slot Akasia di TV3 bermula 16 Mac 2023, hari Khamis hingga Jumaat, pukul 7.00 malam. Manakala, khas untuk bulan Ramadan ini, slot Akasia akan disiarkan setiap hari bermula 20 Mac 2023, dari hari Isnin hingga Ahad, pukul 7.00 malam. Drama ini juga boleh distrim langsung dalam HD di Disney+ Hotstar.

Melur Untuk Firdaus 2

Episod: 35

Tarikh Tayangan:

Mulai 16 Mac 2023, Khamis-Jumaat, 7:00 malam

Mulai 20 Mac 2023, Setiap Hari, 7:00 malam

Rangkaian: Akasia TV3 / Disney+ Hotstar

Penulis Scrip: Wan Mahani Wan Hasan

Pengarah: Zamri Zakaria & Arield Mohd Rifin

Produksi: A-Ten Alliance Sdn Bhd

Source : TV3live.online

Lagu Tema (OST):

Hanya You Dalam Kepala – Alam Antido

Pejam – Rahmad Mega

Watak Pelakon

Meerqeen sebagai Firdaus

Anna Jobling sebagai Melur

Eyka Farhana sebagai Mawar

Azim Yusof sebagai Zack

Fimie Don sebagai Haris

Sabrina Sharleen sebagai Rania

Kuza sebagai Kamariah

Azhar Amir sebagai Kamaruzzaman

Haleeda Mazlin sebagai Rohana

Zainol Ismail sebagai Nasaruddin

Hani Nazrina sebagai Lili

Hairi Safwan sebagai Zain

Qaseh Qhairiena sebagai Damia

Taib Zamannuri sebagai Raikal

Tengku Tieya sebagai Nana

Sinopsis Melur Untuk Firdaus 2

Musim baharu ini bermula dengan kisah rumah tangga Melur (Anna Jobling) dan Firdaus (Meerqeen) yang kini kembali bahagia. Kedua-dua mereka ingin mengukuhkan perhubungan mereka namun mereka sentiasa berhadapan dengan pelbagai rintangan dalam mencari kebahagiaan. Tambahan pula, Firdaus terpaksa mengendalikan projek syarikat di luar bandar, menyebabkan dirinya sibuk dengan kerja dan banyak meluangkan masa dengan rakan sekerjanya Mawar (Eyka Farhana).

Melur teruja untuk mengembangkan kerjayanya dalam dunia penulisan buku kanak-kanak. Dalam usaha membuka syarikat penerbitan novel kanak-kanak, rakan kongsinya, Zackery (Azim Yusof) dalam diam menaruh hati kepada Melur.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *