Nantikan drama adaptasi novel Bukan Puteri Lindungan Bulan karya Liana Afiera Malik akan menggantikan drama Serpihan Sayang di slot Samarinda TV3.

Drama bersiri 40 episod terbitan Global Station Sdn Bhd diarahkan oleh Pali Yahya. Dibintangi oleh Janna Nick, Hisyam Hamid, Amar Baharin, Niena Baharun, Afifah Nasir, Shah Iskandar dan ramai lagi.

Saksikan Bukan Puteri Lindungan Bulan mulai 21 Mac 2023 pada setiap Isnin hingga Jumaat pukul 10 malam di TV3 atau strim di platform penstriman iQIYI bermula jam 11 malam.

Bukan Puteri Lindungan Bulan

Episod: 40

Tarikh Tayangan: 21 Mac 2023

Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 10:00 malam

Rangkaian: Samarinda TV3 / iQIYI

Penulis Skrip: Eenaz Mokhtar

Pengarah: Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya)

Produksi: Global Station Sdn Bhd

Pelakon: Hisyam Hamid, Janna Nick, Amar Baharin, Niena Baharun, Afifah Nasir, Shah Iskandar, Zarina Zainuddin, Azhar Amir, Nasz Sally, Annie Mosha, Nizam Kama, Danish Iskandar

Source : TV3live.online

Watak Pelakon

Janna Nick sebagai Larasati Aisya

Hisyam Hamid sebagai Zafir

Amar Baharin sebagai Zakuan

Niena Baharun sebagai Farah

Afifah Nasir sebagai Sabrina

Shah Iskandar sebagai Lukman

Zarina Zainuddin sebagai Datin Fariza

Sinopsis Bukan Puteri Lindungan Bulan

Memaparkan perit jerih kehidupan seorang gadis yang bernama Larasati Aisya (Janna Nick).

Dia yang juga dikenali sebagai Lara atau Puteri sentiasa diuji dengan pelbagai cabaran dek rasa benci dan nasib malang.

Pemergian bapanya menyebabkan dia terpaksa berhenti seketika daripada pelajarannya. Tugas menguruskan perniagaan yang ditinggalkan arwah bapanya menjadi tanggungjawabnya.

Perkahwinan abangnya, Lukman (Shah Iskandar) dengan Sabrina (Afifah Nasir) ternyata membangkitkan masalah bagi Lara. Dia tidak sebulu dengan Sabrina.

Keadaan menjadi lebih tegang apabila Sabrina yang turut bekerja di syarikat perniagaan Lara bertindak membawa saudara maranya masuk bekerja di situ.

Dugaan hidup Lara bertambah perit dengan pemergian seorang lagi insan yang tersayang. Ibarat jatuh ditimpa tangga pula, fitnah jahat serta kehadiran Farah (Niena Baharun) turut mengganggu perhubungan Lara dengan suaminya, Zafir (Hisyam Hamid).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *